254
BEKAS anggota kumpulan Super Junior, Kyuhyun bakal mengubat rindu peminat menerusi konsert KyuHyun Asia Tour Restart di Kuala Lumpur pada 13 April depan.
Konsert tersebut merupakan persembahan pertama pemilik nama lengkap Cho Kyu-hyun, 37, selepas memilih bergerak solo sejak setahun lalu.
Bekas penyanyi utama Super Junior itu menjanjikan persembahan memukau dan menyegarkan selain menampilkan kelainan dalam membawakan genre pop.
Konsert anjuran Antenna dan WebTV Asia bakal berlangsung di Mega Star Arena KL pada pukul 8 malam. – HIBGLAM