SELEPAS tiga tahun bergelar isteri, penyanyi Elizabeth Tan mengakui sudah bersedia untuk menimang cahaya mata bagi melengkapi hidupnya dan suami tercinta.
Kata pemilik nama lengkap Elizabeth Tan Su Mei, 30, itu, besar hasratnya dapat meraikan Tahun Baru Cina bersama si kecil tahun depan.
Tema ‘pink’ (merah jambu) untuk raya berdua tahun ini.
“Harapnya Tahun Baru Cina tahun depan dah bertiga,” katanya dalam hantaran foto bersama suaminya di Instagram.
Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi lagu Police Entry itu menggayakan baju merah jambu senada dengan suaminya, Dr. Siew Jim.
Minggu lalu, Elizabeth yang selesa disapa Lizzy turut menzahirkan harapan sama ketika menghadiri majlis pengumuman jantina bayi pelakon, Puteri Aishah.
Cuba untuk mendapatkan aura bayi untuk diri sendiri,” selorohnya pada kapsyen gambar bersama temannya itu.
View this post on Instagram
Sementara itu, menerusi ruangan komen ramai rakan seperjuangan serta netizen mendoakan Lizzy bersama suaminya dikurniakan zuriat.
“Doakan awak juga, Selamat Tahun Baru Cina,” kata pelakon Daiyan Trisha.
“Tak sabar nak jumpa si comel mini Lizzy,” tulis seorang pemilik akaun laman sosial lain.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 2021 dalam majlis tertutup disebabkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ketika itu.
Sebelum ini Lizzy pernah mendedahkan berdepan masalah alopesia iaitu keguguran rambut kritikal akibat penyakit autoimun yang dihidapi sejak kecil.
Dia meluahkan kebimbangan masalah tersebut boleh memberi kesan terhadap usahanya untuk hamil. – HIBGLAM