Wani Kayrie banggakan Malaysia

PENYANYI Wani Kayrie mencuri tumpuan warganet dalam media sosial baru-baru ini apabila muncul membuat persembahan selama dua hari di Anugerah Asian Television ke-28 di Vietnam.

Menerusi video berdurasi lebih satu minit yang dimuat naik Wani, dia dilihat muncul di atas pentas dengan mendendangkan lagu Bang Bang nyanyian asal Jessie J, Ariana Grande & Nicki Minaj.

Tampil dengan busana serba hitam, Wani menyampaikan lagu tersebut dengan baik sekali gus memukau dan meraih pujian pengguna media sosial yang menyifatkan bakatnya perlu dijaga sebaik mungkin.

Dalam acara tersebut, dia turut mendendangkan lagu hitsnya iaitu Fajar dan Kamu Kamu pada hari kedua anugerah tersebut.

“Bukan mudah dapat peluang begini, Wani dah bawa nama negara ke mata dunia. Tahniah!

“Harap lepas pulang ke Malaysia, bakatnya lebih diiktiraf dan dijaga sebaik mungkin. Bangga sangat dengan Wani,” kata segelintir netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok