Sleepy takut tak cukup duit sebab anak

BAKAL menimang cahaya mata tidak lama lagi, penyanyi rap, Sleepy belum bersedia sepenuhnya untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa selain bimbang wang tidak mencukupi.

Meskipun begitu, lelaki berusia 39 tahun itu tidak dapat menahan rasa teruja sekali gus mengumumkan bahawa dia bakal menimang cahaya mata perempuan.

“Dia (anak) sangat cantik, dengan hidung yang comel serta lengan dan kaki yang panjang.  Pasti anak saya nanti tinggi orangnya.

“Sangat gembira apabila mendapat tahu bahawa saya akan menjadi seorang bapa tetapi dalam masa sama, saya rasa masih belum benar-benar bersedia.

“Ini kerana saya tidak mahu anak saya mengalami kemiskinan. Jadi kebimbangan terbesar saya ialah perbelanjaan untuk membesarkan anak.

Begitupun, Sleepy berazam akan menjadi bapa dan suami yang terbaik buat keluarga kecilnya. 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok