MENGALAMI kecederaan teruk pada bahagian tisu bahu kanan ketika sedang menjalani latihan ketenteraan baru-baru ini, penyanyi rap Sik-K kini sedang dirawat di hospital.
Khabar duka itu dikongsi pemilik nama penuh Kwon Min-sik itu sendiri menerusi Instagram selain dalam proses memulihkan kembali tangannya itu sebelum dibenarkan semula menjalani latihan ketenteraan.
Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi berusia 30 tahun itu kelihatan tidak bermaya selepas menerima rawatan dan memberitahu ini bukanlah kecederaan pertama buatnya kerana pernah berdepan insiden sama pada Oktober tahun lalu.
Saya tahu cedera itu cukup serius dan meskipun telah diberitahu oleh doktor, namun saya buat keputusan untuk tunda buat pembedahan.
“Sepatutnya dilakukan pada bulan Oktober lalu tapi kini jadi lagi,” tulisnya.