SEJAK tidak lagi mengenakan hijab, isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea dilihat semakin galak dan berani berpakaian mendedahkan menunjukkan keseksian dirinya.
Mula-mula pakai skirt pendek, kini Anis berani pula memakai baju dengan gaya ‘terlondeh’ sana sini.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik Anis dalam Instagram, dia dilihat menghadiri sebuah majlis hari jadi seorang kenalan dengan memakai baju berwarna merah jambu.
Selain mengenakan skirt pendek yang dipadankan dengan sarung kaki jarang berwarna hitam, Anis juga dilihat bergaya dengan potongan baju yang sengaja menampakkan bahagian bahunya.
Ramai pengikutnya dalam Instagram meluahkan rasa kesal dan sedih kerana perubahan gaya Anis kerana dikatakan semakin seksi saban hari.
Kata netizen, dia tidak kisah sebenarnya jika wanita itu tidak lagi berhijab. Namun sekurang-kurangnya janganlah berpakaian terlalu seksi.
Malah, ada juga dalam kalangan netizen yang menyindir Anis apabila mengatakan bahawa dia terlalu berusaha keras untuk tampil dengan imej seperti gadis Korea.
“Tak pakai tudung tidak mengapa. Tapi janganlah terlampau seksi,” ujar seorang netizen.
“Terlalu ‘try hard’ nak jadi Korea,” kata seorang lagi pengikutnya.
Kasihan pula Diva tengok Haqiem kerana terpaksa hadap macam-macam komen daripada netizen. Sebagai suami, sudah tentu Haqiem juga mahukan yang terbaik buat isteri kesayangannya itu.
DIVA: Tak sabar tunggu apa perkembangan selanjutnya Bunga Citra Lestari selepas umrah bersama suami.