Saya dah tak nak toleh belakang lagi – Sophia Albarakbah

MESKIPUN namanya tidak pernah sunyi dilanda kontroversi, pelakon sensasi, Sophia Albarakbah bersyukur kerana rezekinya tidak pernah putus dalam bidang lakonan.

Malah, kata Sophia, 30, dia juga terus mendapat kepercayaan penerbit dan pengarah drama serta filem sepanjang tahun.

Kini, bukannya masa untuk saya menoleh ke belakang lagi. Saya mahu fokus untuk mengukuhkan nama dalam bidang lakonan.

“Saya bersyukur agenda seni padat sehingga hujung tahun ini.

Pada masa sama, saya juga ada empat filem yang akan ditayangkan di pawagam pada tahun ini. Antaranya, filem Jiwa 8 Belas,” katanya.

Mengenai kontroversi, kata Sophia, dia enggan terpalit dengan sebarang gosip kerana mahu buka buku baharu sempena kedatangan 2024.

“Saya tidak mahu peminat kenal saya kerana pelbagai cerita kontroversi dan bukannya bakat lakonan dipertaruhkan.

“Cukup-cukuplah kontroversi yang pernah melanda kerana saya tidak mahu kisah silam diungkit lagi,” katanya.

Berkongsi filem Jiwa 8 Belas, kata Sophia, dia melakonkan watak heroin bernama Fatien dalam filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn. Bhd. itu.

Katanya, karya berkenaan adalah filem pertama lakonannya ketika mula bertapak dalam bidang lakonan.

SOPHIA melakonkan watak heroin bernama watak Fatien dalam filem Jiwa 8 Belas terbitan White Merpati Entertainment Sdn. Bhd. yang ditayangkan bermula 18 Januari ini. 

Saya dapat tawaran berlakon dalam filem Jiwa 8 Belas ini menerusi proses uji bakat pada penghujung 2018.

“Saya tiada asas dalam bidang lakonan dan lakonan memang agak ‘kayu’ ketika itu,” katanya.

Ditanya babak mencabar, kata Sophia, dia mengalami kecederaan dan kakinya lebam-lebam ketika menjayakan babak diculik penjahat yang mahu ‘menjualnya‘ dalam filem itu.

Saya perlu melakonkan babak melarikan diri dalam hutan dan sungai tanpa memakai kasut ketika dikejar penjahat.

“Selain itu, ada juga babak muka saya dicelup dengan air kotor dan berlumpur oleh penjahat,” katanya.

Filem Jiwa 8 Belas arahan S Baldev Singh turut menampilkan pelakon berbakat besar seperti Shah Hazvee, Izuan Ramli, Ikhram Juhari, Kanda Khairul, A Galak, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Fauziah Nawi, Zila Bakarin, Aman Graseka, Akim Nordin, Faha Azhar, Arif Mex dan Acap S.

Jiwa 8 Belas berkisarkan jiwa remaja ini akan ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 18 Januari 2024. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok