Pengotor betul pasangan artis itu!

MINGGU ini, ada satu cerita kurang molek mengenai pasangan suami isteri yang kedua-duanya selebriti singgah di telinga Diva.

Hendak dijadikan cerita, teman Diva memang agak rapat dengan si isteri dan baru-baru ini dia sempat menghantar barang ke rumah artis tersebut.

Ketika sampai depan pintu, hidung teman Diva sudah mula terganggu dengan bau busuk kemudian apabila pintu dibuka, terkesima melihat rumah yang berselerak, seperti rumah terbiar!

Itu belum ditambah dengan bau busuk seperti makanan basi dan najis haiwan. Teman Diva memang hampir muntah ketika berada dalam rumah selebriti itu. Memual sungguh!

Pasangan suami isteri itu pun sepertinya sudah lali dengan keadaan rumah mereka yang saling tidak tumpah ibarat tongkang pecah!

Tak sangka betul ya. Dalam televisyen nampak elok anggun, kacak terletak, tapi rumah ya ampun!

Si suami juga sebelum ini ada juga aktif dengan aktiviti keagamaan tetapi sekarang macam sudah senyap pula.

DIVA: Izara Aishah dah mula tunjuk sipi-sipi, bila pula agaknya Neelofa hendak kongsi wajah anak keduanya, Abdullah Abbas kepada umum?

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok