420
DIKECAM kerana memegang cawan tertera logo jenama diboikot dunia akibat kekejaman Israel, penyanyi Jake mengakui kekhilafannya dengan memohon maaf secara terbuka.
Sedar dirinya dikecam sewaktu bersiaran langsung dalam Weverse, ahli kumpulan Enhypen itu berdiri dan pantas menukar cawan itu.
Bagaimanapun, peminat tetap berasa kecewa dengan pemilik nama sebenar Sim Jaeyun itu yang dianggap tidak peka dengan apa yang berlaku di Palestin.
Idola terkenal lain yang senasib dengan Jake gara-gara menyokong produk ada kaitan dengan Israel adalah Jeon Somi dan Jisoo. – HIBGLAM