Najwa Latiff belum hamil

TIDAK. Saya tidak hamil.”

Itu pengakuan penyanyi Najwa Latif ketika menjawab khabar angin mengatakan dirinya kini sedang berbadan dua.

Najwa atau nama lengkapnya Najwa Abdul Latif, 29, membuat pengakuan tersebut selepas sering mendapat pertanyaan daripada netizen yang mengatakan dia kini sedang hamil anak sulung.

Kata pelantun Kosong Kosong itu lagi, dia terpaksa menjelaskan perkara tersebut kerana tidak mahu membuatkan peminatnya tertanya-tanya.

Tidak. Saya tidak hamil. Saya kena jawab tentang perkara ini kerana takut nanti selepas sembilan bulan tidak ada anak, anda semua akan tertanya-tanya.

“Jadi saya tidak hamil dan doakan yang baik-baik. Terima kasih,” ujarnya menerusi hantaran dalam InstaStory.

Sebelum ini, Najwa pernah dianggap sedang sarat hamil berikutan penampilannya yang kelihatan berbeza sewaktu muncul dalam sebuah persembahan pentas, baru-baru ini.

Najwa mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga penyanyi, Akwa Arifin pada November 2022.

Pasangan itu diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup di kampung halaman Najwa di Batu Pahat, Johor. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok