Meerqeen ajak Ameera khan ‘dating’ tapi ditolak?

SEJAK digosipkan ada hubungan istimewa, Mizz Lahar tengok makin mesra nampaknya hubungan antara aktor Meerqeen sebab adik Neelofa, Ameera Khan.

Walaupun beberapa kali menegaskan antara mereka tiada sebarang perasaan, andai benar wujudnya cinta sudah tentu peminat masing-masing bagi lampu hijau.

Lebih-lebih lagi dalam kejadian terbaharu apabila Ameera atau mesra disapa Little Miss Khan itu dikatakan terkantoi selepas meminta ibunya, Datin Noor Kartini memberikan alasan saat mahu menolak ajakan Meerqeen.

Dia meminta ibunya menghalang Meerqeen daripada mengajaknya keluar.

Wah, ini satu perkembangan positif biarpun akhirnya peminat tahu bintang kesayangan mereka mempunyai usaha mendekati Ameera.

Agaknya kenapa Ameera tak nak keluar dengan Meerqeen. Musykil.

Mizz Lahar: Pening juga memikirkan impak dadah terhadap seorang artis. Teruk sangat kesannya sekarang, sampai nampak macam tak boleh kawal emosi dan kewarasan akal fikiran.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok