315
KISAH selebriti K-pop bermurah hati memberikan sumbangan adalah perkara biasa, namun berbeza dengan penyanyi HyunA apabila memberikan kad kredit miliknya kepada seorang peminat setia.
Tujuan memberikan kad kredit tersebut adalah untuk membolehkan peminat membeli makanan kegemaran di sebuah restoran.
Meskipun bagi sesetengah orang kad kredit merupakan barangan peribadi tetapi penyanyi berusia 32 tahun itu langsung tidak kelihatan bimbang.
Dia menganggap kedekatan dengan peminat sebagai sesuatu hubungan ikhlas, sehingga membuatkan ramai orang melabelnya seperti malaikat. – HIBGLAM