Fatiya Latiff nak tinggalkan Malaysia esok

BYE Malaysia.”

 

Itu perkongsian terkini pelakon Fatiya Latiff dalam Instagram miliknya, seolah-olah memberi bayangan akan meninggalkan Malaysia.

Menerusi hantaran sama, Fatiya, 37, turut berkongsi mesej bersama seorang lelaki apabila meminta individu tersebut untuk membantu menguruskan perjalanannya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala lumpur 2 (KLIA 2).

Apa yang mencuri tumpuan apabila Fatiya turut meminta agar perjalanannya dikawal dengan pengawal keselamatan.

Boleh sediakan saya kenderaan dan pengawal keselamatan ke KLIA 2 pada 11 hari bulan ini (esok),” tulisnya.

Permintaan pelakon drama Ariana Rose itu kemudiannya dibalas lelaki tersebut apabila memaklumkan akan mengiringinya ke KLIA 2 menggunakan polis trafik dan pengawal keselamatan.

“Kami boleh iring dengan polis trafik dan pengawal keselamatan. Boleh tinggalkan nombor untuk dihubungi,” katanya.

Sejak kelmarin, nama Fatiya bertiup kencang selepas secara terbuka mengutuk wajah pelakon Zahirah Macwilson yang disifatkannya seperti bibik dalam Tiktok.

Keadaan menjadi semakin kecoh apabila pelakon Zarina Anjoulie secara terbuka mendedahkan sikap sebenar Fatiya yang pernah menjadi rakan baiknya suatu ketika dahulu.

Menerusi satu sesi siaran langsung (Live) dalam Instagram, Zarina atau mesra disapa Anju memberitahu, antara sifat atau perangai pelakon itu yang kurang disenangi adalah sikapnya yang suka membanding-bandingkan dan berprasangka buruk. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok