TIDAK sepopular kakaknya Shila Amzah, Syada Amzah tidak pernah menyesal memilih bidang nyanyian sebagai kerjayanya.
Menurut Syada, 25, istilah penyesalan tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Dia bulat hati mahu sepenuhnya bakat anugerah Tuhan yang ada dalam dirinya.
“Tidak menyesal sebab Tuhan anugerahkan (bakat) kepada kita.
“Saya memang suka menyanyi dan orang menggelar saya sebagai radio bergerak, jadi memang tiada istilah menyesal,” katanya dalam sebuah video TikTok.
Bakat seni anak bongsu penyanyi popular 1980-an, Dartuk ND Lala itu sudah mula dikesan seawal usia empat tahun. Sejak daripada situ, sama Syada banyak menyertai pertandingan nyanyian termasuk Idola Kecil dan Big Stage musim kedua.
“Saya menyanyi sejak berusia empat tahun, jadi macam mana nak menyesal?
“Umur empat tahun sudah menyanyi dan ketika itu tidak terfikir apapun,” ujarnya.
Sebelum ini, kerjaya seni Syada tidak sehebat kakaknya yang mendunia sehingga berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa.
Namun, namanya kembali menjadi sebutan ramai selepas timbul konflik keluarga yang berpunca apabila didakwa dihalau dari banglo milik Shila.
Rentetan daripada konflik tersebut, pelbagai cerita dalam kain dan aib keluarganya mula terbongkar.
Syada juga dikatakan sudah berpindah daripada banglo tersebut sekitar Oktober lalu bersama ibunya Fauziah Sarman dan abangnya, Amir Syafiq.
Selain isu keluarga, Syada juga baru-baru ini menerima kecaman hebat apabila mutu vokalnya menjadi bahan pertikaian ramai selepas menyanyikan lagu Arab Kalam Eineh. – HIBGLAM