437
PELAKON Park Seo-joon mengakui malu menggunakan nama sebenarnya dalam dunia seni kerana dikatakan seperti orang tua.
Pendedahannya tidak menggunakan nama Park Young-gyu semasa program You Quiz On The Block baru-baru ini menjadi bahan tawa peminat.
Yoo Jae-suk yang bertindak sebagai pengacara turut bersetuju bahawa nama tersebut terlalu tua untuk aktor kacak sepertinya.
Dalam masa sama, pelakon filem The Marvels itu memaklumkan ramai orang memanggilnya dengan panggilan pak cik selepas mengetahui nama sebenarnya.