MEMPROMOSI karya tanpa bantuan mana-mana agensi, penyanyi JooE mengakui berdepan situasi sulit sehingga terpaksa menjual kereta yang dihadiahkan kepada ibu bapanya.
Kata penyanyi jelita itu, untuk menampung kos hidupnya, dia terpaksa mempromosikan segala karyanya tanpa bantuan mana-mana agensi, malah menguruskan sendiri semua jadualnya.
“Hidup sekarang tidak mudah, semuanya perlukan wang. Bila dapat bayaran, saya terus membeli sebuah kereta untuk ibu bapa saya.
Namun, Covid-19 datang melanda, saya terpaksa menjual kereta itu untuk meneruskan karier tapi tidak mengapa saya akan kerja keras untuk membelinya semula.
“Saya tidak akan putus asa dan akan meneruskan karier saya sehingga berjaya. Hidup memang sementara tapi kita perlu kerja kuat untuk terus hidup dalam tempoh sementara itu,” ujarnya menerusi satu rancangan temu bual. – HIBGLAM