Ji Suk-jin sakit

BAGI menjaga kesihatan, pelawak dan penyanyi Ji Suk-jin bakal berehat buat sementara waktu daripada rancangan realiti popular Running Man.

Berita tersebut disampaikan wakil pengurusannya, Esteem Entertainment tanpa menjelaskan penyakit penghibur terkenal itu.

“Ji Suk-jin akan berehat seketika bagi mendapatkan semula kekuatan supaya boleh kembali dengan lebih sihat.

“Kami tidak akan mendedahkan penyakit yang dihidapinya demi menjaga privasi. Lagipun, tiada sebab untuk dibimbangkan,” katanya.

Pengumuman tersebut dilakukan selepas Suk-jin dinasihatkan menjalani rawatan baru-baru ini.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok