487
DIDAKWA sengaja bersikap lantang untuk meraih perhatian, penyanyi rap K-pop, Jessi menafikan tuduhan tersebut dan menegaskan dirinya memang begitu sejak dari awal kemunculan.
Jelas penyanyi berusia 34 tahun itu, apa yang ditonjolkan dalam televisyen sama seperti kehidupan realitinya yang selalu lantang dalam memberikan pendapat.
“Saya tidak faham mengapa orang ingat saya sengaja bersikap ‘bitter’ dan lantang menegur apa yang saya rasa salah. Hakikatnya saya memang begini.
“Sejak awal masuk industri, saya memang menjadi diri sendiri. Pembedahan plastik pun saya beritahu umum, apatah lagi sisi sebenar kehidupan saya.
“Tolong cari isu lain untuk jatuhkan saya,” katanya menerusi satu rancangan temu bual baru-baru ini. – HIBGLAM