SELEPAS 10 tahun menjanda, penyanyi Jeslina Hashim kini menghitung hari disatukan dengan kekasihnya yang juga kerabat Diraja Negeri Sembilan iaitu Tunku Eddy Nasruan Adil.
Difahamkan bakal suami penyanyi berusia 45 tahun itu merupakan adinda Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffa yang juga suami kepada pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim.
Selain itu, Tunku Eddy adalah cucunda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Ja’afar dan Tunku Ampuan Najihah.
Berita pasangan terbabit bakal mendirikan rumah tangga tersebar apabila Tunku Eddy sendiri memuat naik gambar berdua yang memperlihatkan Jeslina menunjukkan cincin di jari manis.
Bagaimanapun, netizen dilihat tidak senang duduk dengan berita tersebut dan mempersoalkan daya tarikan yang ada pada penyanyi yang popular sekitar awal tahun 2000 itu.
“Tiada kelas jika dibandingkan dengan Sarimah. Jauh panggang dari api,” kata netizen.
“Saya masih berfikir, selain seksi apa keistimewaan Jeslina,” ujar netizen lain.
“Kalau saya jadi lelaki, saya akan cari yang ada kelas sikit. Ini rupa dah hauk (teruk), perangai pun sama,” luah netizen lagi.
Sebelum ini, pemilik nama lengkap Nor Jeslina Hashim Khairuddin Mohamed Hashim itu pernah bergelar isteri Dion Andrew Vercoe pada 2005 namun bercerai lapan tahun kemudian.
Hasil rumah tangga bersama lelaki asal New Zealand itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. – HIBGLAM