Hadiah terakhir Yukika sebelum bersara

Penyanyi Yukika mengumumkan bakal bersara daripada industri muzik Korea Selatan dengan melancarkan album terakhir berjudul Time-Lapse.

Memuatkan enam lagu, Time-Lapse merupakan album pembikinan semula hits gaya pop era 80-an dan 90-an yang dijadikan hadiah istimewa buat peminat sebelum penyanyi lincah itu berundur dari gelanggang seni. 

“Album ini sepatutnya keluar tahun lepas tetapi selepas sekian lama berfikir, saya rasa elok dijadikan album terakhir.

“Satu penghormatan apabila bingkisan akhir ini dimuatkan dengan lagu terkenal, indah dan hebat.

“Saya sangat berterima kasih kepada Yumizus (kelab peminat) yang sentiasa menantikan dan menyokong muzik saya. 

Lega rasanya dapat menyampaikan hadiah ini kepada kalian semua,” ujarnya. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok