DIKECAM teruk netizen gara-gara membuat kenyataan tidak akan berbelanja barang mewah buat teman wanita sebelum sah menjadi isteri, pelakon, Dex menegaskan dirinya bekerja keras bukan untuk menjadi hamba wanita.
Jelas lelaki berusia 28 tahun itu, dia tidak akan sewenang-wenangnya menghabiskan duit hasil kerja kerasnya untuk wanita yang belum tentu menjadi miliknya.
“Saya bekerja separuh mati bukan semata-mata mahu menjadi hamba wanita.
Saya tidak akan memewahkan teman wanita jika kami hanya berpacaran selama setahun. Untuk apa beria sedangkan belum tentu dia menjadi milik saya.
“Ini bukan soal kedekut atau berkira tetapi jika wanita itu sah menjadi isteri saya, baru saya akan menuruti segala kehendaknya. Buat masa sekarang, ibu dan bapa saya adalah segalanya,” tegasnya.