Bertopi, tudung Fatiya Latiff terbang?

PELAKON Fatiya Latiff sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto tidak memakai tudung dalam Instagramnya semalam.

Menerusi foto tersebut, pemilik nama penuh Nur Fathia Abdul Latiff, 36, hanya memakai topi sekali gus menampakkan sebahagian rambutnya yang terikat di belakang.

Menikmati makan malam seorang diri. Bibik (pembantu rumah) di rumah, menjaga anak,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Dia bagaimanapun mengelak dikecam dengan menutup ruangan komen bagi hantaran tersebut.

Terdahulu, dia yang popular menerusi drama Ariana Rose itu mencetuskan tanda tanya apabila memaklumkan  akan ‘terbang’ ke Gaza, Palestin dan ingin mati Syahid di sana.

Perkongsian tersebut membuatkan ramai tertanya-tanya tentang tahap kesihatan mentalnya ketika ini.

Sebelum ini, Fatiya pernah terpalit dengan masalah kemurungan sehingga menjadi buat mulut ramai. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok