The Marvels ‘lemau’

SEBELUM melangkahkan kaki ke panggung menyaksikan filem terbaharu The Marvels, hati penulis meronta-ronta ibaratnya tidak sabar menyaksikan lagu satu magis Marvel Cinematic Universe (MCU).

Carol Danvers, Monica dan Kamala Khan digabungkan dalam sebuah naskhah, itu adalah antara perkara yang melonjakkan jiwa untuk memberi pengamatan terhadap The Marvels.

Seperti dijangka, tiada apa yang mengecewakan dari segi terjemahan karakter dijayakan ‘trio’ utama Brie Larson, Teyonah Parris dan Iman Vellani dalam naskhah berkenaan.

Terlena

Brie sebagai Captain Marvel berseronok dengan bersungguh-sungguh dalam filem kali ini (berbanding naskhah terdahulu). Tenoyah sebagai Monica juga langsung tidak mengecewakan.

Apatah lagi, Iman sebagai Ms. Marvel terkandung signifikasi yang ‘menghidupkan’ The Marvels. Kalau tiada Ms. Marvel atau Kamala Khan, memang terkontang-kanting filem MCU kali ini.

SENTUHAN sutradara Nia DaCosta kali ini kurang menjadi apabila jalan cerita yang dipaparkan hambar dan banyak kelompongan.

Bagaimanapun, dari segi plot atau naratif, The Marvels banyak loophole kelompongan yang membuatkan penonton seperti penulis terlena seketika saat menyaksikan filem arahan Nia DaCosta tersebut.

Kalau dibuat perhitungan, dua kali terlena disebabkan kebosanan yang melanda saat mengamati jalan cerita yang sedikit hambar atau secara sinematiknya, kurang kohesi.

Kurang kohesi atau kohesif yang membuatkan perhatian serta tumpuan penonton terganggu kerana boleh tahan banyak sub-plot yang ingin ‘dilumatkan’ dalam The Marvels.

Hasilnya, lahirkan sebuah filem MCU yang kutipan minggu pertama atau permulaan paling rendah dalam sejarah box-office francais unggul tersebut.

Phase 5 MCU yang diteruskan The Marvels selepas Ant-Man and the Wasp: Quantumania dan Guardians of the Galaxy Vol. 3 nampaknya kurang ‘menjadi’.

Young Avengers

Barangkali ada lagi perihal luar biasa yang akan dipaparkan filem selanjutnya, Deadpool 3 yang akan diirilis 2024 dan Captain America: Brave New World (2025).

Villain bernama Dar-Benn yang dijayakan Zawe Ashton memberi dampak yang tersendiri, namun secara peribadi, kalau penulis pulang ke rumah, tidak akan basah di fikiran apa yang dipaparkan pelakon itu untuk tempoh lama.

KEMUNCULAN bintang terkenal Korea Selatan, Park Seo-joon menerusi watak Prince Yan yang tidak sampai tiga minit dalam filem ini buat penonton rasa tidak puas.

Seperkara lagi, watak ditunggu-tunggu ramai, Prince Yan oleh Park Seo-joon juga membuatkan ramai ‘ternganga’.

Ternganga disebabkan selepas berencam promosi dan cakap-cakap ramai, hanya kurang daripada tiga minit screentime yang dijayakan Seo-joon.

Sungguhpun begitu, apa yang membuatkan penulis terbangun daripada lena adalah post-credits filem The Marvels.

Sedikit spoiler, akan ada kumpulan Young Avengers yang barangkali diketuai Kamala Khan dengan rekrut, Kate Bishop dari universe Hawkeye.

Post-credit kedua adalah yang paling membuatkan audiens bersorak kencang. Sedikit bayangan: X-Men. Selebihnya, berkunjunglah sendiri ke pawagam berdekatan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok