‘Syamsul, Ira tidak bercerai, mereka bahagia’

PENSOHOR media sosial juga isteri pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz mengesahkan rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan Ira Kazar kini masih utuh.

Tegas Nur Nilam, Syamsul masih berstatus suami kepada Ira, sekali gus  membuktikan segala spekulasi perceraian mereka hanya mengarut.

Akui Nur Nilam yang juga seorang pelakon itu, dia sendiri ada bertanya kepada Ira baru-baru ini dan mengesahkan dakwaan itu tidak benar. Ira masih berstatus isteri kepada Syamsul dan menangkis dakwaan kononnnya mereka sudah bercerai.

“Memang tiada isu cerai, saya pun baru saja hubungi Ira untuk dapatkan kepastian, dia cakap tiada pun isu cerai ini.

“Semasa dia datang rumah saya hari itu pun Syamsul datang sekali cumanya dia tinggalkan Ira di rumah saya sebelum keluar ke tempat lain,” katanya dalam satu temu bual semalam.

Tambah Nilam, pasangan suami isteri itu juga memilih untuk tidak berkongsi kisah rumah tangga dalam media sosial kerana pasti akan menjadi mangsa kecaman umum.

“Kalau nak cakap tentang keretakan rumah tangga, Alhamdulillah saya lihat mereka bahagia sahaja.

“Mungkin mereka tidak berkongsi kebahagian rumah tangga dalam media sosial. Saya faham benda itu, kalau kongsi pun pasti akan dikecam.

“Isu bercerai ke apa, dia kata tiada dan semuanya okey. Tidak pastilah kalau dia tipu saya pula,” ujarnya.

Susulan kerap berkongsi cerita mengenai Ira, Nur Nilam turut tidak terlepas menjadi sasaran kecaman netizen sehingga dikatakan berpihak kepada anak pelakon Kazar Saisi itu.

“Sebelum saya banyak berkongsi mengenai Ira, saya ada bertanya dan minta izin kepadanya.

“Saya perlu lakukan perkara itu sebab saya pula jadi sasaran orang ramai bertanya tentang Ira.

“Saya tidak suka masuk campur hal orang tetapi apabila ramai mendakwa saya kawan baik Ira dan sebagainya, saya perlu beri penjelasan sebegini,” jelasnya.

Bulan lalu, Nur Nilam mencuri tumpuan apabila Ira muncul dalam siaran langsung TikToknya.

Menerusi siaran langsung tersebut, Nur Nilam berkata Ira kini sedang menjalani kifarah (pembalasan) hidup.

“Ira sedang melalui kifarah bukan? Dia pun dah reda, bersyukur dengan apa Allah beri kepada dia,” ujarnya.

Kemunculan Ira dalam video siaran langsung itu turut mengundang perasaan kurang senang dalam kalangan netizen.

Untuk rekod, Ira sah bergelar isteri kepada Syamsul pada 5 Januari lalu dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Thailand. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok