PERGI tengok perlawanan bola sepak di stadium pun, kecantikan pelakon Sophia Albarakbah tak boleh dibawa berbincang langsung!
Menerusi perkongsian yang dimuat naik Sophia dalam Instagramnya, pelakon itu berkongsi aktiviti menonton perlawanan bola sepak di Stadium Nasional Bukit jalil.
Diva rasa perlawanan yang ditonton Sophia adalah melibatkan aksi skuad Harimau Malaya menentang Tajikistan pada Oktober lalu.
Biarpun hadir dengan pakaian ringkas, namun kejelitaan wajah pelakon berusia 30 tahun itu tetap terserlah.
Kalau orang lain yang datang ke stadium, habis comot muka masing-masing kerana bermandikan peluh, Sophia tidak ya.
Rata-rata kagum dengan pesona Sophia kerana tidak mengabaikan penampilannya, walaupun sekadar menonton bola sepak.
DIVA: Ke manalah agaknya penyanyi Nabila Razali berbulan madu dengan suaminya selepas selamat disatukan sebagai suami isteri dengan pasangan pilihan, Nik Iruwan pada 18 November lalu.