[VIDEO] Sambut ulang tahun, ciuman Ramli mendarat di pipi Nabil

MAESTRO muzik tanah air, Datuk Ramli MS melayangkan ciuman di pipi pengacara All Stars Gegar Vaganza (GV10) iaitu Nabil Ahmad secara langsung (live) sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-65 tahun.

Mencuri tumpuan pada siaran langsung program berkenaan, Ramli turut dikejutkan dengan pemberian sebiji kek tertera patung mirip dirinya yang diampit patung persis Nabil dan seorang lagi hos, Jihan Muse.

Sebelum memulakan konsert minggu kesembilan, laungan antem atau lagu hari kelahiran turut dinyanyikan buat Ramli yang juga suami kepada penyanyi, Alyah itu.

Seperti kebiasaan, usia Ramli dijadikan bahan lelucon Nabil dan Jihan namun dipatahkan dengan jawapan bersahaja anak seni kelahiran Singapura itu.

Ketika Jihan menyanyikan lagu yang mengingatkan Ramli kepada kematian, Ramli membalas: “Mati itu pasti.”

Konsert minggu kesembilan GV10 bersiaran langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran 104 (Astro Ria). – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok