RAMAI yang tersentuh termasuk Diva sendiri apabila hampir menitiskan air mata mendengarkan bacaan puisi nukilan penyanyi, Aisha Retno.
Puisi yang dikarang khas untuk penduduk Gaza di Palestin itu ditulis dengan begitu indah tentang penderitaan yang dialami mereka akibat peperangan dengan tentera Zionis.
“Melaung lambung ke angkasa biru hanya berpegang dengan kata tolong kami.
“Kalah apa itu kalah? Gaza juaranya, Palestin juaranya,” kata Aisha sewaktu mendedikasikan bait puisi yang dikarangnya.
Rata-rata pengikutnya dalam Instagram turut berkongsi rasa sebak, seolah-olah merasai penderitaan yang sedang berlaku di sana.
Malah, terdapat segelintir netizen meminta penyanyi berusia 23 tahun itu untuk memasukkan bait puisi tersebut dalam albumnya yang akan datang kerana mempunyai makna yang begitu mendalam.
“Sedih gila dengar. Tolong masukkan dalam album,” pinta seorang peminatnya.
“Hampir menitiskan air mata menahan sebak,” kata seorang lagi pengikutnya.
Memang berbakat betul Aisha, bukan sahaja pandai menyanyi, mengarang puisi pun hebat. Moga bakat besar awak tidak disia-siakan.
DIVA: Disebabkan isu di Gaza jugalah pelakon Sharifah Sakinah mengambil keputusan untuk berhenti bermain media sosial selama dua minggu.