TERKEJUT! Itu antara komen yang membanjiri sebuah hantaran TikTok milik seorang jurusolek dari Brunei selepas memuat naik sebuah video memaparkan wajah pengantin yang disolek mirip penyanyi Shila Amzah.
Awalnya, ramai salah sangka bahawa wanita itu Shila sehingga ada yang mendakwa penyanyi itu bersolek untuk majlis resepsi.
Rupa-rupanya, sangkaan ramai meleset. Wanita itu hanya memiliki wajah dan senyuman yang saling tidak tumpah seperti pelantun lagu Memori Tercipta itu.
“Sama betul senyumannya dengan Shila. Kalau tidak baca kapsyen, memang ingat ini solekan untuk majlis bertandang dengan Ubai.
Wajah sebelum disolek memang ada iras Shila tetapi selepas siap berpakaian pengantin, 100 peratus sama!” kata netizen.
Video tersebut turut mengundang perhatian suami Shila iaitu Ubai yang berseloroh bahawa isterinya adalah wanita berasal dari Brunei.
Eh isteri saya jadi orang Brunei!” guraunya.