HINGGAP di telinga Diva, katanya penyanyi Nabila Razali bakal mengakhiri zaman anak daranya pada bulan ini.
Menurut seorang kawan Diva, Nabila sudah pun membuat persiapan seperti baju nikah untuk dipakai sewaktu hari bahagianya yang dijangka bakal diadakan pada pertengahan November nanti.
Sebelum ini, penyanyi itu dikhabarkan sudah pun menjadi tunangan orang. Namun sehingga kini, perkara tersebut masih menjadi rahsia yang masih dikunci ketat oleh Nabila.
Bila ada wartawan bertanyakan tentang hal itu, Nabila pandai mengelak dengan meminta doa yang baik-baik sahaja.
Tiba-tiba, timbul pula gosip mengatakan bahawa dia bakal bernikah tidak lama lagi. Mungkin Nabila punya alasan tersendiri untuk tidak mengheboh-hebohkan tentang perkara tersebut.
Kita tunggu sahajalah tuan punya badan sendiri buka mulut. Atau pun tunggu sehingga kad undangan pernikahannya tular dalam media sosial.
DIVA: Ada lelaki sanggup bayar penyanyi Hasif Upin untuk tidur bersama. Takut!