COMEL macam budak-budak! Itu tanggapan sesetengah pihak apabila penyanyi yang kini bergelar pelakon, Hael Husaini berkongsi gambar terkininya dalam Instagram.
Wajah bersih tanpa misai yang dikongsikan Hael ternyata mencuri perhatian peminatnya yang rata-rata menganggap artis yang kini berusia 35 tahun itu masih seperti pelajar sekolah.
Disebabkan gambar tersebut, ramai yang mengusik Hael supaya tidak lupa untuk menyiapkan kerja sekolah, selain rajin belajar untuk menjawab peperiksaan.
Malah pelakon, Nazim Othman pula menganggap wajah Hael yang seperti keanak-anakan itu telah melanggar ‘hukum tua’ kerana langsung tidak mencerminkan lelaki yang berusia lebih 30-an.
“Melanggar hukum tua dia ni,” usik Nazim.
Diva sendiri memang pelik betul dengan Hael sebab wajahnya boleh berubah-ubah.
Kejap seperti ‘oppa’ Korea, sekejap jadi lelaki maskulin. Kali ini wajahnya seperti pelajar sekolah pula.
Agak-agaknya apalah petua atau rahsia yang dilakukan Hael ya. Teringin juga Diva nak tahu.
DIVA: Kasihan Fazura sebab dikecam sebab pergi tonton konsert Coldplay.