SEPANJANG minggu ini, banyak cerita yang Diva dengar dan salah satunya ialah mengenai persembahan Nabil Ahmad serta Jihan Muse sebagai hos All Stars Gegar Vaganza (GV10).
Bukan sengaja nak mengkritik tetapi ramai yang sudah mula bersuara dalam media sosial bahawa lawak mereka berdua semakin hambar.
Tidak kurang juga ada yang berpendapat ketiadaan Elly Mazlein antara punca kehambaran tersebut.
Mungkin perangai gila-gila Elly dirindui ramai dan menghidupkan program walaupun sering dikecam. Entahlah.
Memang sepatutnya fokus pada persembahan para peserta tetapi kalau pengacara kurang memberi dan terlalu ‘try hard’ untuk menjadi kelakar, program pun akan jadi bosan.
Ramai yang mula menyuarakan hal tersebut dalam media sosial sejak dua minggu lepas dan semakin ketara selepas konsert minggu keenam baru-baru ini.
Harapnya Jihan dan Nabil ada formula baru untuk tarik semula penonton. Jangan sampai penonton lari ke program lain sebab bosan dengan lawak kurang menjadi atau kerap guna isu body shaming.
DIVA: Ramai sudah mula bising Liza Hanim selalu dapat lagu ‘makanan sendiri’. Sabarlah.