SAYA tak nak anak-anak tahu apa sebenarnya pekerjaan kami. Anak-anak cuma tahu nama ibu mereka Puteri Sarah dan ayah mereka Syamsul Yusof.”
Demikian perkongsian aktres Puteri Sarah Liyana yang memaklumkan sehingga kini kedua-dua anaknya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tidak mengetahui pekerjaannya dan bapa mereka, Syamsul Yusof.
Menerusi satu sesi Live dalam TikTok, Sarah berkata dia mengambil pendekatan itu kerana enggan cayaha matanya itu berasa bangga diri dengan status mereka sebagai anak selebriti.
Saya tak nak anak-anak saya rasa bangga diri dan menganggap diri mereka istimewa serta ada kelebihan kalau mereka tahu bahawa ibu bapa serta datuk mereka adalah selebriti.
“Sehingga sekarang, mereka masih tidak tahu apa pekerjaan kami. Anak-anak cuma tahu nama ibu mereka Puteri Sarah dan ayah mereka Syamsul Yusof.
Maksudnya mereka tidak tahu Puteri Sarah itu siapa (juga bergelar artis) dan datuk mereka, Datuk Yusof Haslam adalah seorang pengarah dan pelakon,” ujarnya.
Dalam ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Sarah dalam mendidik anak-anak.
“Betul. Biar mereka tahu sendiri nanti,” ujar seorang netizen.
“Biar anak-anak tahu sendiri suatu hari nanti,” kata seorang lagi pengguna TikTok.
Untuk rekod, Sarah yang kini bergelar ibu tunggal pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah dan juga pelakon, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014.
Bagaimanapun, pasangan itu sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu. Hasil perkongsian hidup, Sarah dan Syamsul dikurniakan dua cahata mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. – HIBGLAM