DRAMA Korea Selatan dilihat kerap mengangkat tema berkaitan kesihatan mental dalam alur ceritanya.
Terbaharu, Daily Dose Of Sunshine (DDOS) yang dibintangi Park Bo-young memegang watak sebagai Jung Da-eun dan Yeoh Woo-jin (Dong Go-geun) mengetengahkan isu sama.
Mula bersiaran pada 3 November lalu, DDOS memaparkan kehidupan dan rutin kerja Da-Eun yang bertugas sebagai jururawat di wad psikiatri sebuah hospital.
Setiap hari ada sahaja peristiwa menarik dan mencabar apabila berhadapan dengan pelbagai situasi serta ragam pesakit termasuk mereka yang ada masalah gangguan bipolar dan serangan panik.
Naskhah arahan Lee Jae-kyoo dan Kim Nam-su ini telah meraih pujian ramai kerana mengangkat isu mengenai masalah kesihatan yang semakin meruncing dalam kalangan masyarakat ketika ini .
Kini, siri 12 episod itu tersenarai sebagai 10 drama paling popular dalam Netflix.