KONSERT A Night With Aina Abdul 3.0 sudah berakhir, namun ibarat rumah siap pahat berbunyi, apabila masih ramai memperkatakan mengena poster persembahan mega tersebut.
Itu semua gara-gara gaun rona merah Aina sebagai poster konsert berkenaan seolah-seolah kelihatan seperti lambang salib.
Menurut si individu penyebar cerita tersebut, biar apa pun alasan, penyanyi kesayangan ramai itu sepatutnya lebih peka terhadap pemakaiannya supaya tidak melampaui batas.
Sensitiviti agama perlu didahulukan berbanding hanya sekadar cuba meraih kontroversi untuk membolehkan gaya serta nama menjadi sebutan ramai.
Ada benarnya teguran peminat, mereka bagi pendapat yang tulus kerana sayangkan Aina. Tak gitu?
Mizz Lahar: Artis wanita ini tak sorok pun ada kekasih sesama jenis.