562
KETUA juri All Stars Gegar Vaganza (GV10), Datuk Ramli MS menyifatkan persembahan Aliff Aziz pada konsert suku akhir hari ini gagal mencapai tahap memberansangkan.
Menurut Ramli, emosi dan jiwa Melayu yang seharusnya disampaikan menerusi dua lagu irama Malaysia iaitu Cindai dan Gambus Jodoh juga tidak berjaya.
Terlalu banyak ‘error’, mood lagu pertama seharusnya gembira tetapi banyak melodi tidak sampai, begitu juga untuk lagu Cindai.
“Awak tidak membawa mood dua lagu ini dengan baik.
Awak kenapa hari ini? Persembahan pada ‘rehearsal’ lebih baik berbanding malam ini,” komennya.
Sebelum persembahan malam ini, Aliff turut memohon maaf lebih awal sekiranya lagu Cindai milik Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dinyanyikan dengan baik. – HIBGLAM