Haein hamil, kahwin hujung bulan

TIADA angin tiada ribut, anggota kumpulan Laboum, Haein mengumumkan bakal berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya hujung bulan ini.

Bukan itu sahaja, idola jelita itu juga turut mendedahkan dirinya kini sedang hamil.

“Saya akan mengadakan majlis perkahwinan pada 26 November di lokasi rahsia sekitar Wilayah Gyeonggi.

“Mohon semua peminat doakan saya, bakal suami dan anak yang sedang saya kandung ini sihat dan bahagia hingga ke akhirnya.

“Tolong jangan berhenti sokong karier seni saya walaupun saya sudah berkahwin kelak,” katanya menerusi satu kenyataan.

Memandangkan bakal suami Haein bukanlah datang daripada golongan selebriti, perkahwinan tersebut akan diadakan secara tertutup yang hanya akan dihadiri rakan dan keluarga terdekat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok