Syafinaz Selamat bersolidariti ‘fesyen’ Palestin di GV10

KONSERT minggu keempat All Stars Gegar Vaganza (GV10) menyaksikan juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat tampil membawakan imej solidariti, rentetan peperangan yang berlaku di Palestin.

Dengan memakai pakaian serba hitam, lengkap pengikat kepala yang tertera lambang bendera Palestin dan Malaysia, Syafinaz berkata, imejnya itu menjadi ‘suara’ mewakili kesengsaraan yang berlaku di Palestin selepas dibedil tentera Israel.

Imej saya hari ini adalah sebagai tanda solidariti untuk saudara kita di Palestin.

“Marilah sama-sama kita berdoa untuk mereka di sana. Doa juga adalah ‘senjata’,” kata Syafinaz.

Konflik Palestin-Israel yang kembali panas sejak 11 Oktober lalu menyaksikan 2.2 juta penduduk Gaza dikepung.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, lebih 1,800 orang terkorban di Semenanjung Gaza manakala lebih 1,200 penduduk Israel terbunuh dalam serangan kedua-dua belah pihak setakat ini.

Dalam pada itu, mayat-mayat penduduk Israel telah diambil oleh askar-askar Rejim Zionis selepas tenteranya memasuki Semenanjung Gaza, demikian menurut laporan oleh akhbar Haaretz. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok