499
BARU-BARU ini, heboh dunia hiburan Korea Selatan apabila pelakon Siwan didakwa sedang bercinta dengan penyanyi Kang Hye-won.
Namun, ada pihak lain menangkis gosip percintaan yang hangat diperkatakan itu.
Desas-desus hubungan intim itu tercetus selepas netizen berkongsi gambar Siwan dan Hye-won sedang berdua-duaan.
Foto pertama menunjukkan pasangan terbabit menikmati angin segar di sebuah taman, manakala gambar kedua menampakkan kelibat mereka menandatangani autograf buat peminat cilik di sebuah kedai makan.
Ada pihak menyatakan bahawa kanak-kanak itu merupakan pelakon yang turut terlibat dalam siri terbaharu mereka.
Dalam masa sama, kemungkinan besar sosok wanita menemani Siwan di taman adalah aktres Lee Sun-bin.