610
SELEPAS menjalani pembedahan kolitis iskemia bagi merawat masalah berkaitan usus, pelakon Lee Je-hoon akhirnya dibenarkan keluar dari hospital.
Pembedahan kecemasan tersebut berjalan lancar dan dia kini sedang berehat di kediamannya.
Pihak pengurusan Company On memaklumkan, Je-hoon boleh kembali berkerja seperti biasa dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Sebelum ini, aktor berusia 39 tahun itu dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit perut yang kronik.