Mahu wanita ‘mix’, peminat berebut nak jadi kekasih Mierul Aiman

GARA-GARA mendedahkan ciri-ciri wanita idamannya berkulit kuning langsat dan berdarah campuran, ramai peminat berebut-rebut menawarkan diri untuk memenangi hati pelakon popular, Mierul Aiman.

“Berkuning langsat. Dia juga mix (darah campuran) macam ada rencah,” kata pelakon Projek: High Council itu memperincikan kritera wanita yang dicari-carinya untuk dijadikan teman hidup.

Dalam temu bual tersebut, Mierul juga ditebak dengan soalan bagaimana sekiranya aktres Anna Jobling dikatakan wanita menepati ciri-ciri wanita idamannya, pemilik nama lengkap Muhammad Amirul Aiman Norazman itu mengiyakan kenyataan terbabit.

“Boleh dikategorikan juga,” jawabnya pendek tanpa memperincikan dengan lebih lanjut maksud maklum balas diberikan.

Impaknya, rata-rata peminat wanita mula berebut-rebut menawarkan diri untuk menjadi kekasihnya dengan mengaku mereka mempunyai darah campuran.

“Nasib saya ada darah campuran. Bolehlah ada peluang,” kata peminat.

“Jangan malu-malu untuk huraikan lagi ciri-ciri wanita idaman. Saya cukup semua pakej,” ujar pengikut.

Sejak naskhah Projek: High Council meletup, Mierul menjadi kegilaan malah bentuk rahangnya yang runcing membuatkannya berada dalam kategori wajah model antarabangsa.- HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok