Lah Ahmad, selayaknya seorang penghibur!

LAH AHMAD yang bersuara listrik lunak mengajak penonton untuk bernyanyi bersama-sama menerusi dendangan lagu berbahasa Inggeris, Weak dan Glimpse Of Us dan seterusnya mendendangkan lagu ketujuhnya, Sempurna dan Terbaik.

Pentas konsert yang dihiasi paparan skrin LED bersaiz gergasi sebagai latar, terus dihangatkan dengan lagu Jatuh dan Salam, sebelum penyanyi berusia 43 tahun itu tampil menyanyikan lagu Kenapa bersama penyanyi jemputan, Shazzy.

Keriuhan konsert tiba-tiba bertukar hiba saat penyanyi itu menyampaikan lagu Di Pintu Syurga, nyanyian asal, Dayang Nurfaizah.

Sama seperti persembahan sewaktu konsert pertamanya, 25 Years Lah Ahmad di PJ PAC pada tahun lalu, Lah gagal menahan sebak.

Terutama sewaktu mendendangkan lagu tersebut yang ditujukan khas untuk arwah neneknya, Allahyarham Meriam Ahmad yang menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua pada usia 102 tahun pada September lalu.

“Maafkan saya kerana gagal mengawal emosi. Saya cuma rindukan Mak Tok (nenek),” ujar Lah.

Enggan hanyut dalam lara, Lah kemudiannya menyampaikan lagu  Kerna Sayang yang  lazim di  bibir penonton.

Meneruskan persembahan dalam bentuk medley, lagu-lagu seperti Izinkan, Just A Friend, Party Like This dan Pop Yeh Yeh membuatkan penonton tidak senang duduk untuk ikut sama bergoyang menikmati persembahannya.

Versi penuh, layari www.kosmo.com.my atau dapatkan akhbar Kosmo! di kedai-kedai berdekatan termasuk myNEWS.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok