370
BIARPUN alamat kediamannya bocor ke pengetahuan ramai, penyanyi kumpulan BTS, Jungkook anggap semua itu sebagai takdir yang perlu dilalui sebagai seorang artis.
Dia tiada masalah soal ketirisan maklumat alamat rumahnya dan hanya akan menumpukan perhatian kepada perkara lebih penting.
“Patutkah saya beritahu alamat rumah? Semua orang sudah mengetahui dan jika buat carian di YouTube pasti jumpa.
“Namun, saya tidak peduli kerana ini sebahagian daripada takdir.
“Saya tidak perlu fikir tentang perkara remeh tetapi anda tidak perlu sampai mencari saya,” katanya tenang.