PELAKON, Song Joong-ki menggesa khalayak memberi contoh terbaik buat golongan muda bagi memastikan kehidupan generasi baharu lebih terjamin.
Buah fikiran tersebut tercetus selepas terlibat dalam filem baharu berjudul Hwaran lakonan bersama Hong Xa-bin, Bibi, Jung Jae-kwang dan Jung Man-sik.
“Apabila menonton semula versi suntingan Hwaran, saya terfikirkan sesuatu.
“Orang dewasa sepatutnya bertanggungjawab mewariskan kehidupan lebih baik kepada generasi akan datang dengan memberikan contoh baik,” katanya ketika menghadiri Festival Filem Antarabangsa Busan ke-28.
Kehadirannya semasa Festival Filem Antarabangsa Busan ke-28 adalah untuk mempromosikan filem baharunya itu.
Hwaran merupakan nashkah genre noir arahan Kim Chang-hoon yang menyelusuri kehidupan seorang anak muda bernama Yeon Kyu yang terperangkap dalam realiti menyeksakan.