1K
SELEPAS memuat naik foto bersama adiknya, peminat menyangka penyanyi Huh Yunjin mempunyai kembar seiras.
Dalam foto tersebut, ahli kumpulan Le Sserafim itu sekadar mendedikasikan ingatan hari lahir buat adik kesayangannya itu.
Namun, tumpuan peminat lebih tertumpu terhadap wajah mereka terutama pada bahagian mata yang bulat, hidung mancung, bibir montok dan dagu berbentuk V.
“Wah! Mereka memang kelihatan sama pada bahagian mata. Saya ingat mereka kembar,” kata peminat.
“Dalam gambar kedua, saya sampai keliru yang mana satu Huh Yunjin sebab mereka sangat mirip,” ungkap seorang pengikut lain.