402
PENYANYI Jungkook menangkis dakwaan hubungan romantiknya dengan peminat dalam platform komuniti peminat, Weverse.
Enggan hubungan akrabnya bersama peminat disalah tafsir, ahli kumpulan BTS itu tampil memberi penjelasan.
“Saya tidak menjalin apa-apa hubungan pada masa ini.
“Tumpuan dan komitmen saya hanyalah untuk kerjaya. Ini bukan masa untuk bercinta.
“Oleh itu, saya menghargai jika perbincangan mengenai teman wanita dihentikan,” katanya menerusi siaran langsung tersebut.
Jungkook turut mengakui hubungannya dengan Army (kelab peminat) sangat mesra kerana mereka tulang belakang kejayaannya selama ini.