PELAKON dan penyanyi, Ayda Jebat yang kini hamil tujuh bulan meluahkan rasa tidak selesa apabila perutnya disentuh individu tidak dikenali.
Katanya dalam perkongsian Instagram, sentuhan pada bahagian tersebut disifatkan sangat sensitif terutama kepada wanita berbadan dua.
“Mommies selesa tak kalau tengah mengandung tiba-tiba orang pegang perut mommies?
“Saya minta maaf. Saya okay saja kalau nak ‘selfie’ pegang bahu ke, tangan saya, itu dah biasa.
Boleh ‘selfie’ pegang bahu, tangan tapi bukan perut – Ayda Jebat
“Tapi bila mengandung, sensitif lain sikit bila kakak atau mak cik jumpa terus pegang, raba-raba perut kita,” tulisnya dalam Instagram.
Sementara itu, pelantun lagu Be Mine itu turut mengakui serba salah untuk menegur tindakan individu berkenaan selain memahami mungkin mereka teruja.
“Nak tegur, tapi tak terkeluar pula kata-kata. Faham, kadang-kadang mak cik teruja. Tapi, harap faham situasi kita dan terima kasih atas doa yang baik untuk saya dan bayi. Itu sudah memadai.
“Ada yang sambil pegang, sambil cakap ‘acik kalau kuis macam ini saja dulu, bayi dah tendang. Kejap, tunggu anak Ayda tendang tak’. Saya muka dah petak.
“Kalian rasa bagaimana ya?” tulisnya.
Ayda mendirikan rumah tangga dengan pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari 2022 dan dikurniakan anak perempuan, Ana Nayla pada 21 September tahun sama.
Selebriti berusia 31 tahun itu dijangka bakal melahirkan anak keduanya pada Disember depan. – HIBGLAM