GARA-GARA memuat naik foto menonjolkan imej rambut terbaharu berwarna hijau, penyanyi Hafiz Suip menuai perhatian netizen sehingga dilabel terpesong.
Menerusi hantaran dalam Instagram, penampilan Hafiz yang jauh berbeza dengan imejnya sebelum ini didakwa terlalu mengikut budaya Barat.
“Definisi bapak kau hijau,” tulis Hafiz sebagai kapsyen foto tersebut.
Tinjauan HibGlam menerusi ruangan komen mendapati rata-rata netizen mengkritik imej terbaharu pelantun lagu Awan Nano itu selain memintanya muhasabah diri.
“Rambut hijau style kafir ke? Malulah sikit dengan Allah, kau bukan muda lagi, ingatkan lama menyepi makin elok, rupanya makin teruk, macam terpesong dah,” komen seorang netizen.
“Muhasabah diri Hafiz, orang tengah sibuk dengan isu Palestine, kau sibuk dengan rambut tak semenggah kau ni,” demikian komen seorang lagi pengguna media sosial.
Lebih teruk, ada netizen mendakwa penyanyi berusia 33 tahun itu kebulur perhatian kerana sudah lama menyepi.
“Faham, dah lama sendu, terus buat hal supaya orang ingat kau balik, kesian hidup berkiblatkan kontroversi murahan,” komen seorang individu.
Sebelum ini, nama Hafiz pernah menjadi perhatian ramai apabila terpalit spekulasi apabila dilihat terlalu kurus dan tampak tidak sihat.
Bagaimanapun, penghibur asal Sarawak itu tampil memaklumkan dirinya baik-baik sahaja selain ingin kurus demi kesihatan. – HIBGLAM