528
PENYANYI, Song Joo-hee mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang pada akhir bulan ini.
Menurut bekas ahli kumpulan Hello Venus Alice itu, pasangannya bukan seorang selebriti dan segala butiran mengenai perkahwinannya bakal dimaklumkan kelak.
Dalam kenyataan Joo-hee, majlis resepsi kelak hanya akan dihadiri rakan serta anggota keluarga terdekat sahaja.
Tidak mahu mendedahkan lebih lanjut mengenai bakal suami, penyanyi itu hanya memberikan bayangan bahawa pilihan hatinya adalah lelaki kacak dan bijak.