511
PELAKON, Lee Je-hoon terpaksa menarik diri sebagai pengacara majlis perasmian Festival Filem Antarabangsa Busan ke-28.
Kejadian diluar dugaan itu berlaku apabila aktor terbabit terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami sakit perut yang teruk.
Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan Je-hoon ada masalah kolitis iskemia, yang mana aliran darah ke bahagian usus besar berkurangan.
Difahamkan, Je-hoon kini dalam fasa pemulihan selepas menjalani pembedahan kecemasan.