466
MENGEKALKAN penampilan menawan dan tubuh badan ideal merupakan kelaziman dalam kalangan selebriti Korea Selatan.
Sama juga seperti ahli Loossemble yang perlu mengikuti diet ketat ketika awal penglibatan dalam dunia hiburan.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi Yeojin dan Vivi yang mengimbau kembali kenangan pahit apabila pihak label mengupah pakar diet profesional bagi membantu mereka untuk cepat kurus dan cergas.
“Awak ingat suatu ketika dahulu semasa menjalani diet, mereka (pakar diet) merampas segala-galanya dalam peti ais.
“Mereka turut merampas bahan perasa seperti garam, gula, suplemen vitamin dan ekstrak ginseng,” ujar Yeojin.